Thought dan percubaan ada anak pertama
Awal kahwin memang pernah tercakap kat diri sendiri,
"Okay juga tak ada anak dulu dalam setahun pertama kahwin sebab baru nak kenal masing-masing, nak biasakan diri masing-masing dann nak honeymoon hehekk"
Tu la yang di monolog kan sendiri. My thought to myself. Bukan apa pun. Tapi lepas bulan ke bulan dah kahwin tu, still tak lekat juga last-last aku yang fikir bebukan. Apatah lagi tengok orang terdekat pun dah ada dulu dari kita.
Orang kata, "ala, baru setahun" dan kita pun sedar, baru sangat lagi tapi ghisauuu. Mana la tahu something wrong somewhere dengan diri sendiri ni. Menjengah masuk setahun, dalam kepala dah set kalau tak lekat juga nak pergi check la. Mana la tahu ada yang tak kena dengan diri sendiri. Lelagi zaman sekarang yang banyak penyakit ni. Pluss aku fikir umur aku ni, takut tak larat kalau lelambat.
Dulu kita yakinzz. Ala relaks la. Relaks relaks tetiba dah 30 dah umur. Tak ke opocot tu? Kalau jenis rajin jaga makan, pergi jogging dan buat aktiviti sihat ni tak apa. Tapi tidakk. Semua pi bantai.
I did jot down if anything berkaitan dengan ovulation, period, discharge ni apa semua dalam apps period tracker ni. Ada orang kata bahaya sebab information leaked. Tapi yang penting functionnn sebab nanti kalau nak buat pap smear ke amenda, senang nak explain. Sejujurnya aku beli banyak tau ovulation test dengan pregnancy test. So every month aku akan test. Cukup 13 hari after period terus buat test ovulation, pastu lambat period sehari pulak terus buat pregnancy test. So far ovulation test mengelirukan sebab kadang samar samar garisan dia tu. While pregnancy test banyak kali mengecewakan. Hmm
Comments
Post a Comment