Admit Hospital Air Ketuban Kurang

Pergi hospital memang tak expect kena tahan ke apa ke. Dalam kepala maybe just check oleh pakar untuk pastikan betul atau tak claim doktor kat KK tu. Sekali haa laaaa. Kena tahan la sis. Nak nangis sebab tak ready. Suami kita pun nervous bila kita kena tahan. Nasib baik memang bawak baju sendiri dengan baju baby just in case. Dah la baju baju tu baruuu je siap packing >.<

Dekat hopital kena tukar baju polka dot pink. Comel! Still tak snagka masa tu. Tapi tak dapat bilik pun sebab tengah tunggu turn untuk check dengan pakar. Tunggu penat ye. Lama. Sakit pinggang. Sampai malam last-last kena tidur kat ruang menunggu. Sis hangen tapi sis tengah pregnant, penat dan nervous dan tengah fokus nak save batery phone untuk update kat semua orang so kita terima je la. Hari pertama kat hospital dapat buat ctg scan saja. Esok paginya baru dapat check dengan doktor pakar. Rasa tak selesa betul sebab dari semalam tu menunggu dengan tempat tak selesa. 

Doktor check air ketuban 3 kali (ni termasuk kat KK 1 kali). 2 kali check, perut mengeras dan memang bacaan air ketuban tak cantik. Masa perut tak mengeras okay je bacaannya. So sis kena tahan ward untuk bawah pemerhatian hospital. Memula admit 3cm bukaan. 31/5 hari masuk hospital. Nak scan untuk kali ketiga tapi kena tangguh sebab dah masuk hari weekend. Doktor pakar cuti, so kena tunggu Isnin. Masuk hari Isnin lupaa public holiday, ah udah kena tunggu lagi. So hari Selasa pula. 

Masuk hari Selasa. Menunggu kita nak kena scan. Sekali doktor specialist bertukar pula that week. Selamba je doktor tu kata takyah scan. "Awak nak balik? Boleh lah balik" Memang aku nak balik tapi dia tak nak scan tu yang buat geram. Sis kena tahan seminggu sebab nak tahu result scan. Cenggitu je dia suruh balik. Disclaimer, memang la dia check dulu. Dia check bukaan 2cm. (Bukaan tak mengecik tapi dia memang berbeza sebab saiz jari orang berbeza). Dia rasa perut macam tak ready lagi nak beranak, sebab tu dia suruh balik je kalau nak. Doktor tu garunk ye. Takut sebenanrnya nak tanya pasal scan air ketuban tu. Kita tanya nurse je dengan doktor yang lain. Doktor lain tu kata, doktor pakar tu suruh scan ikut appointment KK je. Cis. Semua orang bengang. 6/6 keluar hospital dan decide pergi Hospital Puncak Alam sebab kebetulan memang ada appointment the next day. So datang la family saya ke Melaka dan ambil saya balik ke rumah.

6/6 kat Hospital Puncak Alam check air ketuban normal sahajaaaaa. Lahhhh kan betul konklusi guwe tapi saya buat konklusi sendiri. Bahaya buat konklusi sendiri ni sebab tu kita mengharapkan yang pakar. Kita nak cuti awal sebab macam tak larat dah nak pi kerja tapi mak kita tak bagi. Mak kata better awalkan appointment je. Jangan cuti dulu. So appointment sepatutnya 2 minggu kemudian tapi awal ke seminggu sahaja which is 14/6. Okay la saya bersetuju sahaja dan mengalah. 

Comments

Popular Posts