Spotting, false alarm dan eh

Lagi 2 bulan nak masuk setahun kahwin. Rezeki anak belum ada tapi dapat rezeki pergi umrah dengan family in law. Dalam hati banyak kali bisik, mungkin ini hikmah dia tak beri rezeki pregnant dulu. Dulu pun pernah niat nak buat umrah dengan suami walaupun masa tu belum nampak jodoh lagi. Alhamdulillah adaa rezeki dapat pergi sesama ke sana.


Balik dari umrah, sebulan lepas tu kitaorang celebrate ulangtahun perkahwinan. Setahun dah kahwin. Dalam hati bisik dan berharap ada lekat lepas ni. Kalau tak lekat juga, bolehlah ready-kan diri buat ujian kesuburan ni dan ready saja untuk any possibility. 


Beberapa hari kemudian lepas celebrate, ada darah keluar tapi sikit. Eh. Apa yang sikit ni. Period baru je lepas haritu. Cuba la nasib check pregnancy test. Hihi. Mana la tahu kot rezeki en en. False alarm. Negatif. Ada 1 line saja. Check cervix pun low. Sedih, tapi tak apa belum rezeki. Boleh cuba lagi. Mungkin darah (spotting) tu sisa darah period yang lepas.


Dua minggu selepas tu ada darah keluar dan sama macam haritu, sikit jugak. Sebab dah kecewa kali pertama tu so tak fikir lain. Period tapi tu la, macam awal period kali ni. Esoknya keluar lagi tapi sikit jugak. Biasa kalau dah masuk hari kedua ni banyak keluar melimpah ruah, tapi ni tak tahu kenapa sikit je. Okay, tak apa mungkin petang atau malam banyak la ni. Tak jugak. Tangan dah gatal nak buat pregnancy test. Ye la benda dah ada en. Beli online banyak pulak tu. Ketetapiannya benda tu kat opis. Kena tunggu esoknya naik kerja. 

Masuk je kerja, clock in, teruss pergi buat pregnancy test yang strip nipis harga singgit tu. 





Relax je tunggu result. Just to make sure je buat test tu dan tengok la dekat gambar. Double line tapi test line dia samar samar. Tak nak diduga dan berharap so dalam hati duk kata, "expired kot". Cuba lagi guna strip test yang lain. Sama. Ada yang casette punya macam test covid tu so cuba pulak yang tu sebab yang ni ada expiration date tapi lambat lagi. Test dan tungguu sambil berdebar. Eh. Sama... Double line.

Serius la aku mengandung? Tak kan la. Wey. Weyyyyyy. Tak apa. Bertenang dahulu.
Terus rasa tak sabar nak tunggu waktu lunch nak pergi farmasi beli lagi sebab tak puas hati. 
Waktu lunch terus start kereta pergi farmasi, beli lunch, balik, test. Positif. Double line. Aghhhhh weiiii! Nak happy tapi takut nak terlalu happy. Takut hampa tapi kalau dah buat banyak banyak dan result sama ni betul lah nehh


Aaaaa! Aku pregnant!



*          *          *          *


Suami.
Masa tu rasa nak terus call suami tapi tak nak. Nak bagitahu depan depan. Tak nak thru call. Dalam kepala dah plan dah nak beli lagi preganncy test yang betul proper sikit macam pen tu. Mahai sikit la harga dia tapi tak apa kenangan. Hehe Seksa jugak ye sorok untuk berapa hari tu berita yang paling mengembirakan sebab nak tunggu weekend punya pasal.


Tunggu punya tunggu tibalah weekend.
Pregnancy test masuk dalam sampul, simpan dalam handbag. Suami kata jom jalan-jalan cari makan. Pergilah kami makan nasi ayam baba. Sedap wei! LEpastu wajib cari dessert. Dessert nak aiskrim mekdi tapi tak ada. Kecewa. Ingatkan nanti santai santai makan aiskrim tu nak bagitahu. So pergi je la beli aiskrim family mart. Tak sempat nak santai sebab dah lewat. Terus balik. Sampai rumah, duduk dalam kereta sekejap makan aiskrim. 

Sambil makan hulur envelope ada pregnancy test tu.
Suami : Apa ni? Pendrive ke?
Aku : Bukannn hahaha cuba tengok betul betul
Suami : Apa ni?
Aku : Double line tu. 
Suami : Double line? Sayang pregnant? Betul ke ni???
Aku : A'ah

Suami happy tapi dia macam tak percaya. Kita ni sama. Happy tapi tak terluah happy sesangat tu sebab macam tidak percayaaa. We'olls mengandunggg!

 

Comments

Popular Posts