Ketulan darah

Cerita dekat suami journey spotting aku dan macam mana tahu bila nak buat test. Dedua eksaited tapi tak tahu nak buat apa next step. Suami tanya, ada pergi klinik tak? "Tak ada" "Nak check?" "Nak tapi nak cakap apa kat doktor? Tak reti"

Haha kelakar. Jadi kami dengan eksaited, pergi klinik. Bagitau doktor ada spotting. Panjang berjela  explain padahal boleh je bagitau nak check betul ke saya ni pregnant. Lepas settle explain tu doktor tanya, "Awak nak check la ni awak pregnant ke tak ye". Haha. Pendek. Senangkan. First timer. Tak nak terus buat kesimpulan walaupun pregnancy test dah berkeping keping buat dan result positif.
Doktor terus scan. Bila scan tu terharuu nampak something. Ada kantung. Aaaaa! Waktu tu baru terasa makin ke-confirm-annyaa bila nampak dalam perut sendiri.


Balik klinik kami buat keputusan nak simpan dulu berita gembira ni sebab masih terlalu awal. Baru 3-4 minggu. So. Dirahsiakan antara kami sahaja. Mungkin boleh la nak surprise masa kumpul reramai ke kan. Hihiks. Plan, tapi tu la kita hanya mampu plan.


Lepas beberapa hari, spotting lagi. Spotting yang merisaukan sampai 1 hari tetiba ada blood clot. Tak boleh jadi. Takut. Pergi klinik, check kantung masih ada. Doktor kata tak ada apa apa. Balik dari klinik terus bagi je tahu MIL. Tak ada niat nak sorok pun cuma sebab rasa terlalu awal hehe

Bagitau MIL dengan harapan mungkin ada tips, nasihat ataupun mungkin doa dari orang tua yang mungkin boleh bantu kami yang kali pertama ini.


*          *          *


Selalu baca kalau nak tahu pregnant, cervix akan duduk tinggi dari kebiasaannya. Satu hari tu terdetik nak rasa cervix. Hmm, terasa macam ada ketulan lembik. Cari dekat google ketulan dekat cervix dan keluarlah, cervix polyp. Simptom, keluar darah tapi tak berbahaya. Cerita kat suami my verdix gitteww. Okay dah tak risau walaupun sekadar tekaan.


Dah masuk bulan baru. Hari kerja buat kerja macam biasa. Sejam sebelum nak balik tu tiba-tiba ada lagi blood clot. Risau. Bagitahu suami nak singgah ke klinik dulu. Mengadu dekat doktor. Doktor scan, okay je dah nampak janin. Doktor decide nak check cervix. 

Untuk pertama kali ye dalam hidup kena selak bawah. Takut gila sakit tapi alhamdulillah dapat doktor lemah lembut, dia buat tak rasa sakit pun. Doktor siap tangkap gambar sebab nak tunjuk apa ada kat cervix tu. Lepas habis kena selak, pergi bilik doktor.

Doktor, "Awak kena cervix polyp", sambil tunjuk gambar dekat google dengan gambar polyp aku. Happy wei sebab tak ada apa dan betul tu polyp sahajaa. Doktor sambung, "Tapi saya bagi surat untuk awak rujuk ke hospital ye", "Okay doktor".

Cerita dekat suami, mulanya dia risau. Lepastu dia search sendiri and baru legaa

Comments

Popular Posts